Tuesday 22 November 2011

:: Cari Teman Yang Beriman ::

"Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang di murkai Allah,mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur . (Al-Mumtahanah : 13)



Pepatah ada menyebut berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan mendapat harumannya,berkawan dengan tukang besi kita akan mendapat percikan apinya.Begitulah juga penerangan Allah swt dalam memilih sahabat.

Allah mengingatkan kita supaya tidak menjadikan orang-orang yang di murkai Allah sebagai teman rapat agar kita tidak terikut-ikut dengan cara hidup mereka.

Ibnu Kathir menjelaskan bahawa orang-orang yang di murkai Allah itu ialah orang-orang Yahudi,Nasrani dan seluruh golongan orang kafir yang lain.Golongan ini adalah golongan yang tidak mempercayai kebangkitan selepas kematian.

Mereka sering mempersoalkan kekuasaan Allah untuk membangkitkan semula orang-orang yang telah mati.Padahal,membangkitkan orang yang telah mati lebih mudah di sisi Allah daripada menciptakan sesuatu yang tiada kepada ada......

Natijahnya,kehidupan mereka di dunia hanya bersifat sementara.Kehidupan berlandaskan nafsu yang tiada arah tujuannya.Hidup bersuka-suka sementara mendapat peluang menikmati "syurga dunia" . Apa yang di sibukkan dengan amal baik kalau jiwa tidak bebas dan terseksa.

Apabila melihat golongan yang beriman dengan Allah yang Esa,mereka sekali-kali tidak mengerti apa rasionalnya kerana mereka sebenarnya sudah berputus asa kepada kebaikan yang di janjikan Allah di Syurga yang kekal abadi.Putus asa mereka sudah benar-benar di kemuncaknya.

Di sini,jika kita menjadikan teman rapat kita dari golongan yang telah berputus asa dengan keindahan dan kebaikan yang di janjikan di akhirat,apakah kita mampu mengumpul strategi yang hebat untuk menjejakkan kaki ke Syurga yang kekal abadi?

Allah tidak menghalang kita untuk berbaik dengan mereka.Malah kita perlu menghormati mereka dan bermuamalah dengan adab pergaulan yang baik.Tetapi bukan sebagai teman yang rapat....!!

P/S : Carilah teman yang beriman.Dengan imannya kepada Allah akan membawa kita untuk lebih mendekati-Nya.Janganlah kita menjadikan orang yang tidak beriman sebagai teman rapat kerana takut kita akan jauh dengan-Nya.
Wallahhuallam.........

Sekadar untuk bacaan dan perkongsian bersama

(Sumber : Jakim )

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik