Monday 21 November 2011

:: Seketika Untuk Hari Ini ::




Ok,memandangkan hari ni adalah hari pertama candidates STPM memulakan peperiksaan,CH ucapkan semoga berjaya.Hari ni CH berpeluang untuk menjelajah salah satu sekolah di Seri Kembangan ni.Pilihan sekolah CH adalah SMK Seri Serdang.

Bila tengok diaorang masih tekun belek-belek nota,buka buku teks tebal-tebal last-last minit macam ni,CH pun ingat perangai time sekolah dulu.Belajar last minit!!!!!!..........Itulah CH.Dah selangkah je lagi nak masuk exam hall,baru terhegeh-hegeh nak bukak buku.Sebelum tu,punyalah banyak masa terluang,tak reti nak guna,nak jugak tunggu saat-saat nazak macam ni............Adoooyaiiiii

Tapi gelagat diaorang memang buat CH ukir senyum sendiri.Tak kira students SPM ke,STPM ke........semuanya sama.Tapi time tu,tak kira kita dah habis study ke ataupun tak.........nasib lerr.Mana boleh tunda tarikh exam lagi,kan?Semunya tawakkal ajelah.Untung-untung,soalan yang keluar tu senang untuk kita jawab.Kalau tak,alamat ke laut ler kita nanti.

Peperiksaan besar seperti SPM dan STPM ini di anggap amat penting sekali.Ianya menjadi penentu sama ada selepas ini kita masih layak untuk menyambung pengajian kita ke menara gading atau tidak.Ianya jugalah yang akan menentukan sama ada kita punya masa depan yang cerah ataupun sebaliknya.

Tapi,CH nak share something dengan korang semua.Tadi sebelum semua calon peperiksaan di arahkan untuk masuk ke exam hall,CH dapat lihat kebanyakan ibu bapa ada di sisi anak-anak mereka memberi semangat.Beruntung kan dorang?Punya ayah dan ibu yang sangat sayangkan mereka.Tak semua ibu bapa yang sanggup meluangkan masa yang lama untuk menemani anak yang sudah dewasa di sekolah.Time pra sekolah dulu,adalah kot............

CH tersenyum lagi.Indah sungguh melihat saat-saat di mana ibu bapa tetap setia menanti anak-anak mereka sehingga selesai exam.3 jam kot kena tunggu.Sanggup mereka ketepikan sementara waktu kerja mereka semata-mata mahu memberikan semangat kepada cahaya mata tercinta.CH salute lah dengan mereka.

Yang paling best,time bila exam dah tamat.Kurang periksa apa subjek tadi.Tapi CH tengok semua wajah pelajar tu senyum je.Kira diaorang boleh jawablah tu.Mak ayah pun,apa lagi...............Bukan main lebar senyumnya.CH pun tersenyum sama...............Hehehehehehe

Tapi tak tahulah senyum yang mereka ukirkan itu menandakan diaorang dapat jawab dengan cemerlang ataupun sekadar gembira sebab exam untuk subjek tersebut sudahpun berlalu.Sekurang-kurang diaorang dah berjaya buat mak ayah turut sama mengukir senyuman.Mereka hargai pengorbanan ibu bapa yang sanggup tunggu diaorang samapi habis waktu exam.

Tapi,CH terkejut juga bila nampak ada seorang pelajar lelaki ni.Dia di hantar oleh ayahnya dengan menaiki kereta.Nampak memang macam orang senanglah kiranya.Elok bersalam,cium  tangan lagi.Si ayah tersenyum bila melihat perlakuan anaknya.So,bila si ayah dah turunkan pelajar tu depan gate sekolah dan nampak si anak melangkah masuk,si ayah teruskan perjalanan.

Tapi tak sampai 5 minit si ayah tinggalkan pelajar tu,CH nampak pelajar tu berjalan keluar dari sekolah.Entah,merayap ke mana.Sepatutnya,pelajar tu harus menghadiri peperiksaan SPM.Tapi,dia pergi monteng.........Kesiankan kat ayah dia tadi?

Penat je si ayah hantar dia ke sekolah,sampai depan gate lagi tu.Harapan mak dan ayah mestilah tinggi pada si anak tu,kan?Tapi si anak tetap dengan prinsip hidupnya kot........ "Ada aku kesah.... ???? "

Ermmmmm,entahlah.CH pun turut sama geleng kepala bila tengok perangai budak tu.Entah lepas ni nak jadi apa agaknya.Dah lerr SPM tak ambik........




Buat semua pelajar yang masih lagi dalam perjuangan mengharungi peperiksaan,jangan berputus asa,ya.Teruskan usaha sehingga ke kertas yang terakhir.Buktikan bahawa usaha bertahun-tahun sebelum ini tidak menjadi sesuatu yang sia-sia.

Dan yang paling penting,jangan hampakan harapan kedua ibu bapa kita.Mereka sanggup mengorbankan apa sahaja untuk anak-anak tercinta,demi kejayaan anda.Tugas kita sebagai anak adalah membanggakan mereka.

Jadilah anak yang tahu mengenang budi.Yang tahu membalas jasa.Mereke memang tidak minta untuk di balas,tetapi tanggungjawab kita sebagai anak haruslah kita laksanakan........

Salam Sayang Dari CH Buat Semua.......

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik