Friday 27 January 2012

:: Hiduplah Dalam Istiqamah ::





Allah swt menciptakan kesemua hamba-Nya adalah sama.Sikit pun tidak di beza-bezakan.Itulah sebabnya Allah itu Maha Adil,kan?Kita di lahirkan dalam keadaan yang suci bersih dari sebarang noda.Apabila hari berganti bulan,terus berganti tahun,kita juga semakin meningkat dewasa.

Justeru,siapa kita pada hari ini?Hidupnya kita di atas bumi-Nya ini sebagai apa?
Majistret,doktor,pendidik,mahupun sekadar bekerja yang biasa-biasa sahaja?Bagaimana pula kita memperoleh semua yang telah kita miliki saat ini? Pastinya atas usaha diri sendiri di sertai dengan doa,seterusnya keizinan dari-Nya.

Kita mungkin kelihatan berbeza di mata manusia saat ini.Berbeza di sebabkan taraf kehidupan,pangkat yang di sandang serta anugerah dunia yang di capai .Tapi,itu semua tidak seharusnya kita jadikan sebagai benteng atau dinding pemisah antara diri kita dengan yang lain.Semuanya itu sekadar pinjmana semata-mata.Sementara Allah masih memberi izin buat kita untuk merasa gah dengan pangkat besar yang di sandang,selesa  apabila mampu memiliki rumah agam untuk di diami.

Orang yang merasai susah,akan merasai detik kesenangan suatu ketika kelak.Begitulah juga sebaliknya.Apa salahnya di saat kita sedang di limpahi dengan kemewahan hidup di dunia,sedikit dari rezeki yang kita perolehi itu kita berikan pada yang hak?Jangan di lupa ya,dalam kesemua rezeki yang kita peroleh itu,tetap ada bahagian untuk orang lain,walaupun rezeki yang kita punya itu adalah sepenuhnya datang dari usaha kita sendiri.Itulah sebabnya kita di suruh membayar zakat.Pernah anda dengar mengeluarkan zakat itu bisa membuatkan kita menjadi papa kedana?Pernah ke?

Naluri CH : Walau siapa pun kita saat ini,kita tetap sama pada pandangan mata Allah swt.Yang membezakan kita nanti hanya amal yang kita punya.Bukan yang lain.Justeru,hormat-menghormatilah kita antara satu sama lain.Jangan kerana dia seorang yang miskin,kita yang hidup serba mewah ini sikit pun tidak memandang mereka.Ingat,balasan dari Allah pada zaman ini di bayar tunai......di dunia lagi sudah terasa seksaannya.

4 comments:

  1. baca entry ni teringat lagu rabbani yg bertajuk 'mana milik kita'

    ReplyDelete
  2. @Cik tikah : errkk,ye ke?? nnti CH seacrh lagu tuuu......... ^^
    papepun,makaseh sudi singgah.....

    ReplyDelete
  3. selesai bace! :)

    setuju...manusia ni jika melakukan sesuatu, lakukan dgn bersungguh2.. berterusanlah laksanakan perintahNya.. sesungguhnya, setiap jalan ALLAH adalah jalan terbaik untuk semua umat manusia ikuti di dunia ni :)

    ReplyDelete
  4. sama2 la kita muhasabah.. insyaallah~..

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik