Saturday 24 March 2012

Dia......Hampir Sahaja Mencederakan Ibunya !








IBU....
Siapa di sini yang bernama anak,tetapi tidak mempunyai ibu?Itu pastinya mustahil,bukan?
Lupakah kita bagaimana bersusah payahnya ibu kita mengandungkan kita,mengusung perut yang semakin berat dari bulan ke bulan.Keperitan tidak terhenti di situ sahaja,azab sakit yang di tanggung oleh seorang ibu semasa melahirkan kita,ibarat si ibu mempertaruhkan nyawanya sendiri.Setelah itu,si ibu masih belum punya kesempatan untuk berehat,kerana bersengkang mata menjaga kita,siang dan malam.Segala karenah kita,mengada-ngada yang lebih,sedikit pun tidak melelahkan semangat ibu untuk membesarkan kita.Bahkan dari hari ke sehari,semakin kuat kasih sayang si ibu kepada seorang anak.

Segala sakit melahirkan,penat kerana berjaga malam menenangkan kita (anak) yang tidak dapat tidur,hilang apabila melihat kita semakin membesar dengan sempurna.Harapan si ibu pastinya mahu melihat anaknya berjaya dalam hidupnya (dunia dan akhirat),serta menjadi anak yang soleh-yang mana menjadi harapan ibu bapa untuk mendoakan mereka takkala jasad mereka sudah tertanam kelak.

Namun,apabila kita semakin membesar,lupakah kita jasa serta pengorbanan ibu kita?Kita terlalu hanyut dengan gelora dan godaan dunia yang tidak seberapa hebat.Baru Allah uji sedikit dengan kesenangan dan kebahagiaan,kita terus lupakan orang tua yang tanpa ada istilah jemu membesarkan kita.
Lupakah kita bahawa kehidupan ini sentiasa berputar?Bagaimana kalau suatu hari nanti,anak-anak kita pula yang lakukan sedemikian rupa pada diri kita?Mahukah kita seperti itu?Di lupakan oleh anak-anak?Mahu?

Naluri CH : Tersentak sebentar apabila terdengar berita jam enam sebentar tadi di TV3 berkaitan seorang anak lelaki yang hampir-hampir mencederakan ibunya sendiri gara-gara di tegur oleh ibunya.Bukankah perbuatan menegur sikap anak  yang melakukan kesalahan menjadi tanggungjawab ibu bapa?Kalau bukan ibu bapa yang menegur anak-anak,siapa lagi yang nak di harapkan?Orang lain hanya sekadar melihat.........

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik