Sunday 17 June 2012

17 JUN : SELAMAT HARI BAPA








Kejap,sebelum membaca,jom klik LIKE kat sini.Nak bantu mr.blogger Azfar Roslan a.k.a Ujang nak bawak baby bam bam pegi London......Untuk baby bam bam punya pasal,moh ler kita LIKE  SINI
Makaseh ye..... =) 









Sepasang tangan,menyambutku dengan penuh rasa kasih,
Membelai  setiap helai rambut yang menghiasiku,
Mengucup wajahku penuh perasaan,
Memandangku penuh dengan senyuman yang menenangkan.

Diri itu mengajarku apa itu erti hidup,
Di tunjukkanku hala jalan yang perlu di lalui,
Di tatihnya jiwaku untuk kental menghadapi  halangan di hadapan,
Di pimpinnya hati kecilku ini berlandaskan ajaran dari-Nya,
Di usahakannya untuk menjadikanku bidadari yang mampu membantunya saat hidup di 'sana' kelak,

Saat itu,diriku hanya memandang keseronokan dan kesenangan menghiasi hidup,
Tidak betah pada kesusahan,apatah lagi bila ada larangan dalam melakukan sesuatu,
Jiwa kecil seringkali memberontak,
Sehingga pernah terdetik di lubuk hati ''apa sudah tidak sayangkah dia pada diriku'' ?
Di lakukan ini salah,di lakukan itu,berDOSA.......
Jadi,apa yang betulnya?

Dengan sabar,wajah yang semakin di mamah usia,
Mengajarku satu persatu apa itu yang di namakan 'kehidupan'
Bukan sekadar mengisi masa dengan bermain pondok-pondok,
Tidak hanya bersuka ria bersama teman-teman sepermainan,
Tetapi perjalanan hidup ini lebih dari itu......kata 'dia' 

Masih segar dalam ingatan fikiranku,
Hari pertama menjejakkan kaki ke lantai 'lubuk ilmu'
Dialah yang menemaniku,memberi semangat kepadaku,
Di tenangkan hatiku takkala memandang wajahku yang seakan kurang senang dengan keadaan di sekelilingku......
Pertama kali berada dalam kelompok yang ramai tanpa ada satu wajahpun yang ku kenal,
Melainkan wajahnya......

Dia tidak pernah meninggalkan ku sendiri,
Akan di temaninya aku sehingga aku benar-benar rasa selesa dan selamat.....
Baiknya dia............

Semakin aku menginjak dewasa,layanan dia padaku berubah mengikut arus masa dan keadaan....
Semakin tegas,tapi penuh dengan kelembutan....
Cuma diri ini yang buta hati,tidak dapat melihat,apatah lagi mentafsir apa makna di sebaliknya.....
Teruknya ku rasakan saat itu.....

Bila dia semakin berusia,kedut di muka juga semakin galak menghiasi,
Perasaanya juga begit,semakin cepat terguris,semakin galak terasa....
Sampaikan diriku buntu memikirkan sejauh mana besar sangat salah yang ku lakukan.....
Sehingga perlu marah-marah umpama aku melakukan jenayah besar lagaknya ?
Jujur hati ini mengakui,kadang-kala timbul juga rasa tidak puas hati pada dia.....
Kerana setiap apa yang diriku lakukan,ada sahaja salahnya.......seakan-akan dia saja yang betul.....

Tapi Ikhlas juga diriku mengakui,walaupun hubunganku dengannya tidak lagi serapat dulu,ketika zaman kecilku,
Namun,aku masih tetap SETIA menyayanginya,mencintainya......sungguh.... !
Aku tidak lagi menunjukkan rasa kasihku melalui ucapan,namun lebih pada perbuatan......
Kerana aku tidak mampu menzahirkannya memalui kata-kata.....

Di kala aku semakin 'membesar' , dia tidak lagi lantang bersuara seperti selalu....
Suaranya hanya akan kedengaran bilamana perlu sahaja....
Bilamana rindu untuk mendengar bebelannya,sengaja aku membuka debat untuk 'bertikam lidah' .....
Bukan untuk mencari pasal,tapi sengaja mahu mengusik......
Nakalnya aku.........

Dulu,saat dia berpeluang menjejakkan kaki ke 'rumah Allah''  di Tanah Suci , 
Pelbagai pesan di tinggalnya buat 'peneman' ku takkala kami berjauhan.....
Aku hanya mampu menganggukkan kepala,tanda mendengar,walaupun sudah jemu sebenarnya....
Dan di kala kami berjauhan itulah,dapat ku lihat bahawa sayangku padanya tidak pernah berubah....
Hati  ini risau sepanjang masa,bila mengingatkan yang dia di sana.......
Tanpa 'teman' , walaupun ada kawan-kawan ikut bersamanya......
Di tambah lagi dia punya penyakit asma yang bila-bila sahaja boleh menyerang...
Mampukah dia menyudahkan ibadahnya dengan baik di sana?
Hanya DOA yang mampu ku titipkan...........

Di hadapan adik beradikku yang lain,aku berlagak biasa.....
Seolah-olah aku tidak pernah terfikirkan dia di sana.....
Tapi tanpa sedar sebenarnya,akulah orang yang paling eksaited bila nak buat panggilan telefon kesana,
Bertanya khabar.....
Egokah aku ?

Bila sampai masa dia balik  ke tanah air,berpijak di tanah rumah usang kami.....
Tanpa ku duga,orang pertama  yang dia cari dan di peluk adalah aku....
Tertanya-tanya juga sendiri......
Indahnya saat itu........








Tapi sekarang,sudah hampir tiga tahun aku dan dia berjauhan,
Di pisahkan buat selama-lamanya sehingga satu saat nanti moga di pertemukan semula....
Walau berjauhan,namun hatiku tidak pernah di sapa risau,mahupun gusar...
Kerana ku tahu,kehidupannya di sana jauh delbih bahagia berbanding di dunia ini.....

Naluri CH : Buat abah,N memang tak tahu cara terbaik untuk zahirkan rasa kasih dan sayang tu pada abah....
Tapi itu tak bermakna N tak pandai untuk hargai segala perjuangan abah untuk N dan yang lain-lain selama ni......
Dan sekarang N dah boleh pergi mana N nak pergi tanpa perlu ada rasa risau dengan keadaan abah di kampung,seperti dulu...
Kerana N tahu abah  sedang berbahagia bersama-sama dengan mak dan adik.....
Di satu tempat yang lebih indah dari segala-galanya yang ada di muka bumi ini.....
N akan sentiasa  post kan doa pada semua........
InsyaAllah,satu saat moga kita akan berkumpul kembali...... 

Buat arwah abah,mak dan adik , Al-Fatihah 

1 comment:

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik