Friday 3 August 2012

PERINGKAT AKHIR IMAM MUDA MUSIM KETIGA - DETIK DEBARANNYA MALAM INI


Ada sape-sape kat sini yang mengikuti perkembangan rancangan 'IMAM MUDA' musim yang ketiga ? Kalau korang meminati rancangan ni,malam ini merupakan malam final mereka beraksi,bertarung untuk menentukan siapa yang akan mendapat gelaran 'JUARA' Imam Muda musim ketiga kali ini.





Permulaan Imam Muda menampilkan seramai 10 orang peserta yang  layak untuk menyertai pertandingan kali ini,dan saban minggu ada peserta yang tersingkir.Maka,tinggallah 3 orang finalis yang bakal berentap untuk malam ini.Mereka ialah Abdul Jabbar Mohammed Kahar (28 tahun),Mohammad Hafiz Abdul Kadir (27 tahun) dan juga Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta (21 tahun) yang merupakan peserta paling muda kali ini.




Abdul Jabbar Mohammed Kahar yang berkhidmat sebagai penolong pensyarah ini berkelulusan Sarjana Fiqh (Universiti Antarabangsa  Al-Madinah ) di samping Sarjana Muda Syariah serta pengajian Islam (Universiti Islam Madinah) .Sudah berumahtanggan dan telah mempunyai 2 orang cahaya mata.





Bertugas sebagai imam masjid,Hafiz Abdul Kadir mempunyai latar belakang pendidikan dari Universiti Mu'tah,Jordan  (Sarjana muda Fiqh dan Usul Fiqh).Selain itu,Hafiz juga mempunyai kelulusan dalam bidang yang sama dari Universiti Malaya peringkat sarjana.





Peserta finalis yang ketiga ini,Abdul Rahman Naufal yang masih menuntut di Universiti Sains Islam Malysia (USIM) dalam bidang Sarjana Muda Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko ini pula merupakan peserta termuda untuk musim kali ini. Kata-kata ''Jangan fikir apa yang kita ada,sebaliknya gunakan apa sahaja yang kita ada untuk bersaing dengan orang lain '' menjadi penguat semangat bagi Naufal untuk meneruskan cabaran dalam pertandingan kali ini.

Pertandingan akhir Imam Muda 3 akan di adakan di Dewan Jubli,Pusat Penilaian Negara ( INSPENS),Bangi.Korang juga boleh menonton siaran langsung di kaca TV di Astro Oasis dan Mustika HD pada malam ini,jam 10.

Tapi memandangkan waktu siaran langsung pun orang tengah busy terawikh,for sure ada yang ketinggalan tak dapat nak menonton,kan?Tapi,jangan risau.........Korang still boleh tengok siaran ulangan pada pukul 11 malam hari yang sama dan juga pada pukul 5.30 petang (4hb Ogos) . So,korang tak perlu risau.Terawikh pun tak tinggal,Imam Muda pun dapat tengok,semua dapat,kan ? =) 

Korang rasa,siapa juara eyh ? Kalau ada yang mengikuti rancangan ni dari mula,mungkin korang mampu mengagak siapa yang ada peluang besar untuk meraih gelaran juara tu.Bagi CH,tak mampu nak agak.Sebab tak selalu sangat mengikuti perkembangan rancangan ni.

Apapun,CH ucapkan selamat berjaya kepada semua peserta.Bukan wang tunai mahupun hadiah yang di kejar,tapi ilmu itu yang perlu kita raih dan banggakan sebenarnya.





No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik