Thursday 6 December 2012

BELAJAR BIAR ADA GURUNYA......

Bila zaman semakin maju,segalanya di hujung jari.Nak lampu,petik aje suis.Nak air,pulas aje la kepala paip tu.No more lagi menimba-nimba air kat parit tu.

Nak maklumat????Lagi mudah,tinggal masukkan keyword dan klik! Taraaaaa,dah keluar segala mak nenek maklumat yang di perlukan.Mudah,kan?

Errmmmm,tak payah nak ber mukadimah sangat la,kan?Meh sini CH nak ceritakan dengan korang.Al kisahnya maka tersebut cerita seorang student ni (kawan CH punya pelajar) hantar asigment.Tajuk yang diaorang kena buat tu lebih kurang tentang 'latar belakang kisah diri sendiri.' 

Asigment diaorang tu sebenarnya lebih kepada nak tengok cara persembahan diaorang.Sebab diaorang kan students IT . 

So,semalam kawan CH tu kasi CH tengok hasil kerja bebudak tu.Dari satu baris,ke satu baris ayat yang lain.Mukadimah asigment tu sebenarnya memang CH tak berapa nak paham.Sebab bahasa  (English) yang diaorang guna tu ber standard 'tinggi' ............. huhuhuhuhu

Elok-elok sedap baca ayat-ayat diaorang (dalam versi english) yang seribu kali nak kena faham baru tahu maksud yang nak di sampaikan,tetiba mata 'tertangkap' satu word yang buat kepala hotak CH bekerja keras nak faham abenda yang budak ni nak sampaikan sebenarnya.Korang tahu ke apa maksud  'WIRE LEGS'  ???

Lepas ambik masa,tapi tetap tak boleh nak hadam,terus mintak kawan explain abenda sebenarnya yang student dia tu nak terangkan.Bila kawan CH tu dah explain,baru CH paham.Barulah ada sebab CH nak gelak tergolek-golek ! 

Actually,'wire legs' tu mewakili kepada 'kawad kaki ' ataupun 'marching'. Hai laaaaaaaa,awat lari jauh sangat dengan maksud sebenarnya????

Sah sah dah salah taip ler tu.Ataupun memang tak tahu nak eja 'kawaD ' . huruf 'D' okay.bukan 'T' . itu yang keluar lain maksudnya............ :)






Dan lagi satu,kalau nak translate maksud sekalipun,jangan la terus salin bulat-bulat.Ayat Bahasa Inggeris ni mana boleh di traslate terus ke Bahasa Melayu .Nanti jadi maksud lain pulakkkk!
Contohnya,cuba kita direct translate perkatan 'chicken rice' . Takkan kita nak cakap 'ayam nasi' kot,kan ?? Ngeh3.........

P/S : Itulah sebabnya orang cakap nak menuntut ilmu perlu ada guru.Dan guru tu mestilah seseorang yang arif dan mahir dalam ilmu yang di pelajarinya.Kalau tak,di katakan kita nanti menuntut ilmu hingga sesat pulak.Kan dah jadi kes lain.Tak ke haru nanti......... ekekekekee.... :P 


2 comments:

  1. bukan saja dalam bab agama eh.. perlu berguru...
    nak tanya en google pun kena tahu caranya n perlu ada guru ngajar ;)
    Betullah..belajar tanpa guru tu memungkinkan sesat heheh

    Pengajaran untuk kita tentunya CH
    :-D

    salam ukhuwwah

    ReplyDelete
  2. @ku azmiza : salam ukhwah jugak dari CH :)
    kita ni dalam menuntut apa ilmu sekalipun,tetap kena ada GURU untuk rujukan ^_^

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik